Ringkasan Guy Fawkes

Fawkes dilahirkan dan dibesarkan di York, England. Ayahnya meninggal ketika Fawkes berusia lapan tahun, di mana ibunya mengahwini seorang penganut Katolik yang kuat selepas itu. Dia memeluk mazhab baru tersebut dan kemudiannya berhijrah ke Eropah untuk menyertai Perang Lapan Puluh Tahun di pihak Sepanyol menentang golongan Belanda Reformasi Protestan di Negeri-Negeri Pamah. Dia merantau ke Sepanyol untuk meraih sokongan bagi mengadakan pemberontakan Katolik di England namun dia tidak berjaya melakukan demikian.

Fawkes kemudiannya berjumpa Thomas Wintour yang turut pulang bersamanya ke England. Wintour pula memperkenalkannya kepada Robert Catesby yang merancang mahu membunuh Raja James I serta melantik semula raja yang bermazhab Katolik menaiki takhta England. Mereka menyewa sebuah bilik di bawah Dewan Pertuanan, sementara Fawkes ditugaskan menjaga simpanan serbuk letupan mereka di sana. Pihak berkuasa bergegas mencari serata Istana Westminster pada awal hari 5 November selepas mereka diberitahu sepucuk surat yang tidak bernama dan menemui Fawkes menjaga bahan letupan tersebut. Selama beberapa hari berikutnya, dia disoal siasat serta diseksa sehingga dia membuat pengakuan. Pada hari Fawkes bakal dihukum iaitu 31 Januari, dia terjatuh dari tapak gantungannya sehingga terpatah lehernya lalu kematiannya melepaskannya dari hukuman yang lebih mengerikan.